BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages


UNIVERSITY OF PUTRA MALAYSIA

Saturday, February 27, 2010

.:1st time sampai:.

~ hazmi, syukri, syufaat, subaidi, yasir~

Assalamualaikum kepada semua sidang pembaca sekalian. Pertamanya dan selama-lamanya marilah kita merafakkan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin limpah dan rahmat-Nya kita masih lagi di beri peluang untuk berubudiah kepada Allah s.w.t.

Pada mulanya kami merancang untuk pergi ke Bukit Jalil pada waktu pagi. Memandangkan terdapat beberapa perkara yang tidak dapat di elakkan. Kami bertolak dari kolej petang. Saya ingatkan jauh sangat dari upm ke bukit jalil. Tak jauh mana pun. Alhamdulillah perjalanan kami selamat.

1st time sampai kt bukit jalil. Nmpak stadium dari luar tak berpeluang masuk stadium. Teringin jugak nak masuk. Pengalaman kami masuk rumah hantu. Kami kecewa. Dah la tiket nak masuk RM 2. Kami fikirkan seram lah sangat. Masuk je gelap sekeliling sampai jalan pun x nampak hanya ada sedikit cahaya. Punyalah rapat2 kami jalan supaya tak terpisah. terlalu menyakitkan hati. Langsung x ada yang menyeramkan. Just jalan tempat gelap. lepas tu sampai2 je dah sampai pintu keluar. hurmm...

Thursday, February 18, 2010

.makan fRee.



Di dalam berkata ada terlebih dan ada yang terkurang. Di dalam menge'post' xda nya nak berlebih-lebih sangat. Tulis lah apa yang nak tulis.(pelik je ayat ni).
Terlebih dahulu di ucapkan ribuan kemaafan kepada pembaca sekalian kerana post kali ini banyak berkisarkan rakan-rakan saya. Gambar di atas di ambil semasa hari perkahwinan guru kami di Sri Medan, Batu Pahat. Kami di jemput untuk menghabiskan nasi minyak serta lauk-lauk di sana. Ingin juga perkenalkan mereka ni semua. Dari kiri Iezal (UTHM), Hazim (Unimap), Aidil (Maktab), Saya (UPM). Mereka semua adalah rakan saya semasa di zaman persekolahan. Mereka adalah classmate 5 sc1 di mana banyak ragam yang terpalit di ruang kenangan persahabatan kami. Sekian dari saya.

Wednesday, February 17, 2010

Kawan jangan makan kawan.






Assalamualaikum kepada semua pembaca yang setia dengan penulisan saya. Di persilakan tuan-tuan dan puan-puan melihat terlebih dahulu gambar-gambar di atas. Apa lah salahnya sekiranya anda meluangkan masa untuk membaca sedikit sebanyak apa yang ingin saya sampaikan pada post kali ini.

Ok...apa yang hendak saya perkatakan ialah mengenai 'kawan' maksud saya hidup berkawan. Jangan lah kita jadi kawan makan kawan dimana ketika senang sentiasa berhampiran dan apabila menimpa kesusasahan berjauhan. Dalam hidup berkawan kalau nak di perkatakan memang banyak 'event' yang semua orang pernah dan akan lalui. Dengan berseronoknya, bersuka-rianya, bergurau lagi dan bermacam-macam lagi lah senang cerita.Selain itu, terdapat seperti 'best friend forever' lah apa-apa lah lagi..kalu kawan itu mengkhianat tak ada guna nya lah berkawan kan. Jadi, jaga lah perhubungan bersama kawan-kawan anda dan jangan lah memutuskan tali silaturrahim yang telah terjalin. Allah s.w.t sendiri melarang umatnya berbalah sesama muslim dan memutuskan tali silaturrahim.

"'kawan itu bukan setakat menghamburkan kata-kata pujian atau menyanjung, tetapi sepatutnya kawan tersebut dapat menegur dan menunjukkan kesilapan dan kealpaan mereka"'. Ini lah sebenar-benar yang di mahukan dalam konteks berkawan. Hayatilah dan fahamilah maksud yang ingin saya sampaikan di sini.

Berbalik semula kepada bila gambar2 diatas di ambil. Hendak juga lah bercerita tentang kehidupan kami berkawan. Gambar di sebelah kiri di ambil semasa kelas Dr. Radziah bagi subjek Agriculture and man. Semasa mengikuti subjek ini kami sempat berkawan dengan seorang pelajar warga asing iaitu Abdi Ridzak. Bila dah berkawan dengan warga asing so, kena lah berspeaking..uish..agak berbelit jugak nak speaking. Bila terjumpa je kami bertegur tanya khabar. Sebelum terlupa..sebenarnya gambar ini di ambil sempena menjelangnya Hari Raya, beberapa hari sebelum balik kampung. Ini lah peristiwa 16 september 2009. Dah semacam belajar sejarah la pulak.

Manakala, gambar yang sebelah kanan pula sempat di 'snap' ketika kami baru pulang dari menyerahkan dokumen saham di dewan. Kami berlima sangat akrab. Di perkenal kan dari kiri Khairuddin (gagah orangnya), Anas (bijak orangnya), Saya (???), Subaidi (bersemangat orangnya), dan Hazmi (pemurah orangnya).

Akhir kalam, syukran kepada pembaca kerana 'tersudi'kan diri untuk membuka jendela ini yang entah nak kata apa pun tak tau lah kan (no comment.....). Yang baik dan sempurna datang dari kekuasaan Allah s.w.t dan yang buruk di atas asbab kelemahan diri saya.


Tuesday, February 16, 2010

Family:1995

Salam keceriaan kepada semua pembaca yang ceria-ceria selalu. Ceria kan 'mood' anda semua dengan gambar di atas..



Kali ini tiada topik yang ingin saya 'post' kan. Akan tetapi, topik tetap ada dengan berlainan variasi iaitu kekeluargaan. Keluarga ini bahagia dengan ramai ahlinya. Pelbagai kerenah yang dapat di lihat dalam kehidupan kami sekeluarga. Alhamdulillah, saya di lahirkan dalam keluarga yang besar seramai 7 adik-beradik 5 lelaki dan 2 perempuan. Namun, jika di lihat dalam gambar di atas hanya ada 6. Nak tau kenapa...? sebab yang bongsu belum ada lagi masa ni. Gambar ini di ambil sekitar 90-an. Kalu tak silap tahun 1995. Kalu sesiapa tak tahu yang mana satu kah saya. Saya anak yang ke-4. Lihat pada saiz badan boleh agak dah kan ? masa ni pula ketika kami menetap di negeri melaka. Waktu ini masih ingat dalam memory semula jadi saya...

Kalu nak bercerita tentang keluarga memang banyak. Kesimpulannya, kira ok la dah bagi tahu sedikit kan. Tak usah la panjang lebar. Harap maklum.

.:Perubahan itu perlu:.

Semoga hari ini lebih baik daripada hari-hari sebelum. Dan merubahlah diri walaupun perubahan yang amat sedikit tetapi cukup bermakna bagi membina kejatian diri.

Dalam hidup banyak dugaan, cabaran, rintangan dan seangkatan dengannya. Perlulah kita memiliki jiwa yang kuat, tabah, kental dan sekumpulan dengannya untuk kita menempuh semua masalah.

Wahai saudara dan saudari yang mulia apa salah nya kita meletakkan diri kita sebagai hamba yang sentiasa menggap diri kita di bawah. Bukan bermaksud kita berada di bawah orang lain senang2 memijak kepala..apa yang saya maksudkan jadi hamba yang merendah diri...dan bukan bermakna pula terlampau merendah diri pula..berpada-pada la..

Dalam hari kita mungkin ter ataupun tak sengaja bergurau, usik mengusik, dan menyebabkan ada yang terasa atau terambil hati... al-maklum lah macam-macam ragam. Adalah dengan baik nya dan merelakan diri minta maaf walaupun kita menggap itu sekadar gurauan. Tak salah kan ? tak kan nak tggu sampai tibanya hari raya baru lah mintak maaf. Itu kalu kita masih diberi nyawa. Kalu tak ?
Elok lah kepada pembaca yang budiman hayatilah.

Sekadar sedikit sebanyak yang dapat berkongsi.
bukan setakat 'majulah sukan untuk negara' sahaja.
tetapi 'majulah diri untuk agama tercinta'.
Insya-Allah.

Monday, February 15, 2010

.:Jam:.





Alhamdulillah syukur masih lagi kita di beri kesempatan untuk meneruskan perjalanan hidup kita sebagai khalifah di bumi Allah s.w.t. Di kesempatan ini juga masa amat berharga bagi kita untuk menjalani kehidupan sehari-harian untuk menguruskan hal itu lah hal ini lah dan macam-macam hal lagi. Sejak kita kecil lagi semasa di sekolah kita mendengar ungkapan seperti 'masa itu emas'. Jadi, gunakan lah waktu yang ada dengan sewajarnya.


Para pembaca sekalian, pernah tak terfikir jika hari-hari kita ini tidak di hitung. Apa yang saya maksudkan ialah tak ada jam yang digunakan dalam kehidupan kita..di mana kita hanya tahu keadaan langit menjadi gelap (malam) dan keadaan langit menjadi cerah (siang)..fikir sejenak.....


Jikalau keadaan seperti itu berlaku, saya yakin manusia amat sukar untuk mengharungi onak dan cabaran dalam kehidupan. Sukar untuk melakukan pekerjaan. Sukar untuk beribadat. Dahulu, umat islam mahu menunaikan solat mereka menggunakan cahaya matahari untuk menentukan sama ada sudah masuk waktu solat atau belum. Berbekalkan keadaan yang seperti itu mereka tetap tidak meninggalkan solat untuk urusan akhirat dan boleh menjalani urusan dunia mereka.Cuba anda renungkan masyarakat sekarang yang sudah maju dapat menggunakan jam untuk menguruskan hal dunia dan hal akhirat masih ada segelintir yang tidak mampu menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba Allah s.w.t. Masih ada segelintir masyarakat sekarang yang meninggalkan solat mereka. Na'uzubillah min zaliq. Mintak la kita sama-sama di jauhkan. Allah murka.


Nak di jadikan cerita, pernah satu masa dulu mengikut penceritaan daripada rakan dimana jam tangan yang dia pakai tidak berfungsi dengan baik. Katanya lambat satu jam. Segala urusan yang sepatutnya dia lalui telah terlewat selama satu jam. Banyak cerita yang dia kongsi. Mulanya waktu pagi dan masa mula-mula nak first kuliah. Dia baru dan masih tak kenal dengan rakan-rakan dia yang lain. Walaubagaimanapun, dia kata Suboh dia terbangun sebab dengar azan dan tak tengok pun jam. Lepas selesai solat suboh dia terus sambung tidur. Lepas tu, kelas start kul 8 pagi. Tepat saja pukul 8 pagi jam dia masih pukul 7 pagi. Dia terbagun dan lihat pada jam dia pukul 7.40 pagi.Dalam fikiran dia sempat lagi nak mandi nak siap-siap pakai baju. Lepas dah siap-siap tepat pukul 7.56 pagi ada lagi 4 minit untuk gerak ke kelas. Masuk-masuk pintu kuliah, dia nampak dewan kuliah dah penuh. Agak terkejut jugak masuk-masuk student dah ramai dan kuliah dah start. Dia teruskan kuliah. Habis je kelas di buat tak endah dengan jam tangan yang dia pakai. Kesimpulan, setiap kuliah yang dia pergi lewat satu jam pada hari tu. Sampai lah pada waktu petang tu ada satu perjumpaan dengan pengarah. Selepas tamat je kuliah dia balik bilik. Dah la dalam bilik dia duduk sorang dengan jam yang dia pakai tu lewat satu jam. Akhirnya dia datang ke perjumpaan bersama pengarah tu pun lewat sejam. Dah masalah pada diri dia. Di panggil jumpa dengan pengarah di atas kelewatan dia. Baru dia sedar yang jam yang dia pakai lewat sejam dan kejadian dia lewat datang kuliah pun seakan tak percaya. Dah la hari first kuliah..Mulanya dia dah perasan yang bateri jam dia kehabisan tetapi dengan sikap dia yang tak endah nak tunggu sampai jam tu betul-betul x berfungsi mengundang padah.

Jadi, yang baik daripada cerita ini dijadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan. Sebenarnya banyak kita boleh dengar cerita dari perkataan 'Masa' itu sendiri. Maaf di atas kekurangan penulisan ini. Sekian.

Sunday, February 14, 2010

.:Fikirkan sendiri:.

Bismillahirahmanirrahim....

Kali ini saya berminat dan berhajat untuk berkongsi kepada para pembaca sekalian mengenai satu bahan bacaan iaitu sebuah buku yang menceritakan pemikiran masyarakat tentang orang berpelajaran tinggi yang langsung tidak mencirikan seorang berpelajaran dengan orang tidak ada pelajaran yang mencirikan berpelajaran. Memang pelik atau mungkin anda sebagai pembaca akan menyangkal pernyataan ini dan mungkin juga anda akan bersetuju. Namun, cuba anda fikir sejenak tentang kerasionaliti pernyataan ini di buat. Orang yang berpelajaran tinggi yang sudah memiliki segulung ijazah kalu kita prihatin dengan realiti sekarang ramai yang menganggur. Tetapi bukan bermakna ini yang saya ingin ceritakan tetapi kita lihat dari sudut yang berbeza di mana banyak laporan-laporan surat khabar yang membongkar sindiket-sindiket haram atau dikatakan jenayah yang melibatkan mahasiswa/mahasiswi yang dikatakan berpelajaran tinggi. Di manakah letaknya akal dan fikiran mereka??? Tak sepatutnya mereka meletakkan diri mereka jauh lebih tak berakal daripada meraka yang tak ada pelajaran. Mereka mencari rezeki dengan membuat pekerjaan yang haram. Sedangkan orang yang tak berpelajaran sendiri pergi mencari kerja. Tak dapat kerja bagus sekali pun tetapi berkat kerana mencari rezeki dengan cara yang halal. Beza tak??? pelik sungguh kan..?? Ok..mungkin ada dikalangan sidang pembaca ada terfikir bahawa tidak semua orang yang berpelajaran macam tu tetapi cuba fikir dalam kontek bahawa diri mereka tu jauh lebih baik daripada orang yang tak berpelajaran kenapa mesti ada segelintir yang melakukannya. Inilah pemikiran jahiliah yang masih ada dalam masyarakat sekarang. Justeru itu, sedikit sebanyak bagi sidang pembaca sekalian mohon ampun dan silap di atas kelemahan penulisan ini. Buka lah minda wahai para mujahid yang mulia (para sidang pembaca yang masih menuntut) renungilah..sekadar hanya ingin berkongsi bersama.....insyaAllah..

Saturday, February 13, 2010

.:Cahaya Ilmu:.

“Ilmu yang rendah mutunya ialah ilmu yang hanya berlegar di hujung lidah, tetapi ilmu yang tinggi mutunya ialah ilmu yang memberi kesan pada tingkah laku dan pada anggotnya”

*Saidina Ali Bin Abi Talib

Apa yang dapat di ulaskan sedikit ialah setiap ilmu yang kita pelajari bukan hanya semata-mata untuk menghadapi peperiksaan final atau sebagainya dimana kita mencari ilmu semata-mata untuk mengejar keredhaan Allah s.w.t. Justeru mohon kita sama-sama memperbetulkan niat asal kita menuntut ilmu dijalan Allah. Ini adalah bukan sekadar peringatan kepada sahabat-sahabat sekalian tetapi juga berbalik pada diri saya sendiri.
Sebelum itu di ingatkan para sahabat marilah suci kan diri dengan berzikir sebelum menuntut ilmu. Ia nya tidak sesesukar yang anda semua fikirkan kerana berzikir tidak semestinya melalui lisan bahkan kita boleh berzikir melalui hati kita. Sesungguhnya bukan la ertinya penulisan ini proses mengajar tetapi adalah satu proses ingat mengingati antara sesama muslim. Sangat tertarik dengan kata-kata yang menyatakan mencari ilmu sehingga ke negeri china. Rasulullah sendiri yang berkata bahawa cari lah ilmu dimana-mana sampai negeri china. Ilmu perlu di cari janganlah sesekali kita berputus asa. Memang kegagalan sentiasa menghantui kita justeru kita perlu tabah dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. Segalanya telah termaktub dalam qada` dan qadar apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha dan tawakal dengan sebenar-benar iman.





.:Wadah pembuka bicara:.

Assalamualaikum disampaikan kepada para pembaca sekalian yang berhati mulia. Pertamanya saya memperkenalkan diri saya yang telah diberi nama oleh ayah saya iaitu Ahmad Yasir bin Md Yamin.Saya dilahirkan pada hari Isnin tarikh 1 /10/1990. Alhamdulillah..tidak ada daya dan kuasa untuk mengerakkan minda & hati untuk menyampaikan sedikit wadah pembukaan bicara hanya dengan izin dari Allah s.w.t. Penulisan ini sedikit sebanyak dapat membantu memberikan pandangan atau pendapat yang mungkin orang lain akan menyangkal dan orang lain akan menyokong. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tanpa rezeki yang Dia turunkan umat manusia tidak akan mampu berdiri dengan kemewahan & kemegahan. Namun, ada dikalangan manusia yang tidak mensyukuri nikmat yang di pinjamkan oleh Allah s.w.t Na`uzubillah minzaliq. Ya Allah di kesempatan ini aku memohon kepadaMu agar Engkau jauhkan lah kami dari sifat takbur dan bongkak serta sifat2 yang keji dalam diri kami,ibu bapa kami, keluarga kami, sahabat-sahabat kami,guru-guru kami dan umat islam sekalian. Agar kami menjadi umat yang bersatu padu merencana kebahagiaan dunia dan akhirat.Amin..amin..amin..Ya Rabbal Alamin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...