Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia
terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang
tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut.
Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak
Kamal duduk di rumahnya, cepat sangat barang-barang dapur habis. Kamal betul-betul menghabiskan borehhh.
Kebaikan Kamal pula ialah,
dia ni alim sikit. Tak tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak
pulak begitu. Waktu maghrib seronok depan tv tengok Roda Impian. Lepas
tu sambung tengok berita. Lepas tu makan. Lepas tu tidur. Eesok bangun
pukul 8, pergi kedai kopi bersembang, sampai tengahari.
Balik makan, kemudian tidur. Petang pergi kedai kopi lagi main dam,
berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan
inilah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua,
dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.
Tetapi dia terus mencari idea macam mana nak kenakan si Kamal ni.
Bengang betul dia dah lah tak kerja, melantak kuat pulak tu. Suatu hari
dia dapat idea… nak kenakan Kamal.. “Kamal, mari kita main dam haji...”
katanya kepada Kamal. “Boleh juga...” kata Kamal tanpa mengesyaki
sesuatu. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan
oleh Kamal. Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi, Kamal makan lagi, hulur
lagi, makan lagi, dan lagi… dan lagi… . ” Eh ko ni Kamal… kuat betul
makan laa… . agak-agak laa… ” katanya tersenyum..
“Alamak bapak mertua
aku ni perli aku ni … mentang-mentang aku kuat makan” fikirnya dalam
hati… tapi tak apa…
Mereka bermain set kedua.
Bapa mertuanya hulur… dia tak makan… hulur lagi, tak makan juga… kena
tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak sikit… Bila tak makan,
mestilah kena tangkap… (sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini… )…
kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji…
Apa lagi…
Si
Kamal pun berkata la kat bapak mentuanya. “Ehh orang tak pernah
sembahyang pun boleh pergi haji ke ? Merah padam muka bapa mertuanya. Dia nak perli anak menantunya, tetapi dia pula yang terkena.
Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah
jadi alim… tak tinggal sembahyang lagi… sekarang ni ada kat mekah
kerjakan umrah… Insyaallah akan menunaikan haji kelak.
Thursday, August 30, 2012
Dam Haji
Posted by Ahmad Yasir at 9:18 AM 2 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)