BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

UNIVERSITY OF PUTRA MALAYSIA

Tuesday, December 21, 2010

PANASNYA API NERAKA!

Dari sebuah hadis ada diceritakan ALLAH s.w.t. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengambil api
darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya "Wahai Jibril! berapa banyakkah yang kamu mahu?"
Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, "Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan
hancur lebur 7 petala langit dan bumi kerana kepanasannya. "Kalau begitu separuh buah tamar, kataJibril. Jawab Malik, "Kalau
separuh darinya nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah."
Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari ALLAH untuk mengetahui jumlah yang betul. ALLAH lalu berfirman, "Ambillah sebesar
biji sawi." Pergilah Jibril mendapatkan api itu kemudiannya api itu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di syurga. Setelah
itu ianya dibawa kepada Adam dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi.Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya
sedikit maka api itulah yang digunakan hingga sekarang. Kesimpulannya, api neraka beribu-ribu kali lebih panas dari api di dunia.
Nauzubillahiminzalik.

Petanda-petanda keimanan yang tidak beroperasi

  • Tidak membuahkan amal

       Satu petanda bahawa keimanan kita tidak beroperasi adalah, kita tidak mampu melakukan amal kebaikan. Kita merasakan bahawa, keluar dari kesenangan dunia adalah satu kepayahan, menyebabkan kita merasa tidak perlu kepada amalan tambahan. Akhirnya kita duduk di atas dunia ini, tanpa melakukan kerja-kerja kebaikan. Baik buat diri sendiri mahupun buat masyarakat.

    Keimanan tidak akan terus lenyap begitu sahaja. Kita akan melihat ‘penurunan’nya terlebih dahulu. Kita sepatutnya peka dan sensitif di dalam hal ini. Mungkin dahulu kita jenis membaca Al-Quran sehari sepuluh muka surat, tetapi sekarang membaca Al-Quran sehari semuka pun sukar. Dahulu kita selalu ke masjid, sekarang tidak lagi. Dahulu kita selalu bangun Subuh tepat waktu, sekarang tidak lagi.
    Perkara-perkara ini, adalah petanda bahawa keimanan kita mengalami ‘penurunan’.
    Kata-kata Tabi’in yang popular berbunyi begini: “Iman itu bukan sekadar bicara, bukan juga sekadar cita-cita, tetapi iman itu adalah apa yang tersemat di dalam hati, dan dibuktikan dengan amal.”
  • Tidak rasa benci dengan dosa

Antara lain petanda bahawa keimanan sudah mula tidak beroperasi adalah, hilangnya perasaan benci     kepada dosa. Orang-orang yang beriman, akan melihat bahawa keredhaan Allah adalah utama. Maka, dosa adalah musuh mereka yang pertama.
Namun, apabila diri sudah merasakan ‘biasa’ dengan dosa, melihat kemungkaran itu sebagai ‘adat’, merasakan bahawa maksiat itu adalah ‘tidak mengapa’, menganggap mengambil sistem selain sistem Allah itu adalah ‘normal, modenisasi’ dan sebagainya, maka itu adalah tanda bahawa keimanan kita ‘mengalami penurunan’ dan mula tidak beroperasi.

Monday, December 13, 2010

Keimanan yang tidak beroperasi..

Apakah petanda keimanan yang tidak beroperasi?
Ada beberapa..
Mengapa penting untuk kita mengetahuinya?
Untuk mengukur diri kita. Untuk melihat ‘keadaan sebenar’ kita. Untuk memerhatikan apakah yang patut kita lakukan pada diri kita.
Sekiranya tidak mahu ambil pusing?
Terpulang. Tetapi selagi saya masih hidup, saya akan berusaha membangkitkan hal-hal ini buat peringatan diri dan orang lain bersama. Keimanan yang tidak beroperasi hanya akan melahirkan peribadi yang tidak berkualiti, hilang ‘kekuatan sebenar’ dan mudah tersungkur ke dalam kegelapan.
Dan hari ini, keimanan yang tidak beroperasi itu tidak semata-mata disebabkan oleh diri sendiri yang tidak ambil peduli. Zaman ini, ada musuh yang berusaha untuk mematikan operasi keimanan dalam diri mukmin, dan mereka juga berusaha menambah ketidak pedulian muslim terhadap keimanan mereka...

And now, saya nak tau apa pendapat atau ulasan daripada pembaca yang saya hormati sekalian..kita sama2 memperingatkan antara kita..InsyaAllah mohon memberi sedikit balasan daripada post ni.. sila post kan komen anda..saya berkeinginan untuk mendengar sendiri daripada sidang pembaca..harap kita dapat sama2 berkongsi ilmu untuk pedoman kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...