BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages


UNIVERSITY OF PUTRA MALAYSIA

Friday, November 26, 2010

Kem Kepimpinan Putra 2010


Assalamualaikum kepada semua pembaca yang di rahmati Allah. Syukur diatas nikmat yang paling tinggi yang masih dikurniakan kepada kita iaitu nikmat iman dan taqwa. Sebelum saya memulakan cerita yang ingin dikongsikan semasa saya menghadiri satu Kem Kepimpinan Putra marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada Nabi Muhammad s.a.w , untuk arwah arwahi , keluarga, kaum kerabat, rakan-rakan, serta diri sendiri. Semoga hidup kita sentiasa dalam perlindungan dan petunjuk Allah s.w.t.

Gambar diatas diambil sejurus kami sampai di NUR LEMBAH PANGSUN and ECO RESORT. Mulanya perasaan cukup teruja untuk mengikuti program penambahbaikan diri seperti ini. Saya amat yakin program seperti ini mampu sedikit sebanyak meningkatkan dan mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta Allah s.w.t.

Credit to AJK-AJK Pelaksana sahabat-sahabat sekalian. Ustaz Nuruliman, Abg Zuhair dan kepada semua yang terlibat. Semoga jalinan Ukhuwah kami bukan sekadar seperti lagu yang dimainkan oleh kumpulan Nasyid UNIC bertajuk jalinan sahaja semata-mata. tetapi untuk ukhuwah yg diredhai-Nya.


Inilah masa jiwa dan hati serta pemikiran kami diperah agar kehidupan kami menjadi lebih bermakna dan bermatlamat. Dan Ingatlah Niat tidak menghalalkan Matlamat. Walapun begitu singkat masa kami duduk dalam satu bulatan apa yang kami harapkan ilmu yang dikongsi bersama dapat kami serap semaksimum. InsyaAllah. Semoga ada lagi aktiviti seperti ini. Saya akui merindui saat duduk bersama-sama dalam program seperti ini.


Sebahagian daripada Kumpulan Asy-syabab.


Ni pula adalah aktiviti sampingan yang dijadualkan dalam Kem ni iaitu sesi "BERPERANG" atau dinamakan oleh Mat Salleh (kot) PaintBall.


Dan yang diatas ini adalah kawasan bukit dimana kami berentap. Ianya memang la satu pengalaman yang sukar dilupakan. Apatah lagi pertama kali memegang sniper PaintBall ni..Buloh yang berwarna tu panggil dia "BANKER" ataupun tempat sembunyi.


Preparation untuk memakai safety suit to play the Paintball.
Simple je yang ni..

Get Ready!!..
Mask dah pakai, Bengkung pun dah pakai..Sniper pun dah ada di tangan...
tunggu masa untuk dipanggil saja...^^
Time ni baru lepas hujan..kawasan jadi licin..bahaya sikit la..
lagi satu yang x memuaskan hati, pemandangan yang kabur bile pakai mask ni..
Cermin mask ni berkabus..apa pun layan je la..jangan banyak songeh.hehe


Eh!! silap susun da..ish3..patutnya picture ni kat atas sebelum gambar yang dah ready tadi...hurm..x pela..jalan je la..^^,


Ni malam last, motif kami kene buat gaya ni?

Ni kene buat pergerakan CASIC.

C=Connect
A= Acknowledge
S= Serve
I= Inquiry
C= Choice

Kaedah ni digunakan berpandukan Surah Al-Fatihah.
Berkesan sebab pagi tu kami perlu mempraktikkan kaedah ini untuk mencapai beberapa target/mission.

1) Kumpulkan duit min RM 100
2) dapatkan kain putih (1 meter)
3) terangkan visi, misi dan matlamat UPM kepada 3 orang

Kami tanpa sebarang duit sesen pun, tanpa kain semeter pun tapi kami tetap berjaya mewujudkan suasana ukhuwah antara kami. Kami berbincang berfikir dengan apa yang telah dipelajari secara teori tentang kaedah CASIC ni. Akhirnya!!
MISSION COMPLETED!!^^

Jumlah pungutan RM 175 hasil daripada kami Mengecat Masjid dan membantu orang kampung di sana.
Dengan berkat kami tanpa memikirkan bagaimana kami dapatkan duit tersebut. Kami bersepakat ikhlaskan hati membuat kerja dapat atau tidak kami sedikit pun x hirau. At last kami diberitakan dimana membuatkan kami ceria apabila Ketua Siak(pegawai masjid) a.k.a En.Darus menghulurkan sedikit wakaf daripada masjid. Allahuakhbar..sungguh luas rahmat-Mu Ya Allah..

MOTO ASY-SYABAB

"BOLEH X BOLEH..BOLEH!!"

GROUP:
1) Razi
2)Farhan
3) Rahim
4)Hafiz
5) Rijal
6) Shafiq shahmi
7)Yasir


~Semoga Ukhuwah Kami Terus Terjalin~

cop! cop! cop!

Sebelum tertinggal...
apa yang menyedihkan..=_="
ialah bila tak dapat bersama ikut program pada pagi tu..last aktiviti..iaitu jungle trekking..
disebabkan kesukaran untuk bernafas...sungguh laju denyutan jantungku..satu malam tak boleh tidur..
Thank to Faiz..telah mengurutkan saya pada mlm tu..

~engkau la kawan dunia dan akhirat~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...