BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages


UNIVERSITY OF PUTRA MALAYSIA

Saturday, March 12, 2011

Malaikat maut datang pada bila-bila masa..



Video ni di ambil dari sumber Youtube untuk perkongsian dan renungan semua...

untuk dapatkan lagi video ada di bawah ini..


dan ada lagi video nya..



Kejadian di Arab Saudi, kala pemain sepak bola, dicabut nyawanya dan sakratul maut di tengah padang Bola.
Saudaraku,
Maut adalah pemutus segala kelazatan duniawi, dia adalah pemisah sahabat dan pengeruh kenyamanan hidup orang-orang yang lalai. Ia adalah kenescayaan. Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, begitu firman Allah dalam QS. an-Nisâ 4:78.

Ia akan datang kepada kita, kendati kita berusaha lari menghindar darinya: Katakanlah: Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan (QS. al-Jumuah 62:8).

Dan video ini menunjukkan janji-janji Allah adalah benar..
semoga ia menjadi pencetus hati kita untuk bertaubat dan sentiasa mengingati mati..

sedang kita menunaikan tanggungjawab kita nyawa pun boleh dicabut...subhanallah..

"Meninggal dalam keadaan berdakwah"
khusnul khotimah perlu kita dapatkan!..dalam keadaan macam mana cara pun kita akan meninggalkan dunia ini..carilah bekalan akhirat sebelum dihisab..sama-sama ya kita doakan semoga kita sama-sama diberi petunjuk dan hidayah Allah swt..agar di beri keimanan yang tinggi untuk melakukan amar ma`aruf nahi mungkar..amin...

Friday, March 11, 2011

Apabila agama diperlekeh..solat pun tak betul...


Assalamualaikum semua, amat dukacita apabila melihat seseorang melakukan solat dalam keadaan yang begini...samaada orang ini beragama islam ataupun kafir..wallahu`alam..jika islam amatlah dukacita sekali...rukun-rukun dalam sembahyang dilanggar..semoga suatu hari nanti Allah memberikan pintu Hidayah kepada mereka-mereka yang mempersendakan agama Allah ini...

Ya Allah semoga Kami dijauhkan azab siksa-Mu...Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah...Jauhkan lah kami dari tipu daya yang akan menyesatkan akidah kami sebagai seorang muslim dan muslimat sejati..amin Ya Robbal alamin....

Tuesday, March 8, 2011

Jom SOLAT!!



post kali ni mudah je...saya nak mengajak anda-anda semua menunaikan solat...

senangkan..jom senyum lebar-lebar...katakan YA!! pada solat!! =)

Semua tau solat tu tiang agama...tapi ada dengan xde kekuatan je nak tunaikan...

Anda bijak kerana memilih untuk solat..

tapi bukan solat maghrib je...

lagi2 solat yang paling susah nak buat...iaitu Subuh dan Isyak...

jadi apa kata kita pesan kat kawan-kawan untuk Solat..OK!! 







Saturday, March 5, 2011

Arabic video Song...



Hayati lah...boleh hilangkan stress..insyaAllah...

Wednesday, March 2, 2011

sebuah mimpi yang perlu direalitikan

               Assalamualaikum buat semua rakan-rakan blog dan pembaca sekalian..doaku untuk anda semua semoga dirahmati Allah swt serta sihat-sihat hendaknya dan sentiasa ceria-ceria di hari-hari sekalian.
 

Saya akui telah lama tidak menulis dalam ruangan ini..kalau diikutkan memang sedih dengan kehidupan ini..penuh dengan tipu daya...sampai bila mimpi  ini dapat di realitikan..Entah lah..

Mungkin ini persoalan..tapi tiada kah jalan untuk saya..

Kehidupan memang amat meletihkan..tetapi amat menyeronokkan bila hati dan jiwa tidak di jiwai dengan kehidupan dunia...kenapa susah nak menjiwai akhirat ye.? ini juga persoalan..
mulut senang berkata manis..hati juga mudah berkata manis..sekadar tindakan yang berbeza...

Ya Allah..Maha Pengampun dan Maha Pengasih..

sungguh kerdil manusia...adakah tempat untuk orang yang memiliki  jiwa keduniaan ke syurgaMu..? nau`zubillah min zaliq.. jauhkan lah.. 

Mungkin mimpi berlatarkan indah syurga...
Sedar dari dunia mimpi hilang indah muncul jahilnya..

Ya Allah, mohon hati tiada sepasrah hati orang yang berputus asa...untuk merealitikan mimpi..

InsyaAllah..











 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...