Hari Ibu buat ummi. Hanya ungkapan Alhamdulillah dipanjatkan keatas Ilahi kerana dikurniakan seorang ibu yang mithali..
Pada mulanya aku sedang berada diatas bas untuk menjemput adik2 dari sekolah SMK Dang Anum. Masa berlalu demi berlalu fikiran ini secara tiba-tiba terhias wajah ummi..dengan tidak disangka hati mula rasa sebak..sayu mengenangkan ummi..kerinduan seorang anak terhadap kasih seorang ibu...kerinduan yang amat.Lama sudah tidak pulang kerumah semenjak cuti sem.baru lepas mggu peperiksaan.. ummi kurasa mahu ku peluk tapi apa kan daya..aku mencapai henfon untuk mengirim mesej...
Dalam mesej tersebut:
Aku: Selamat hari Ibu..Pengorbanan ummi sgt bermakna buat diri yasir untuk menjadi anak yg soleh. Ummi adalah kekuatan yasir..ampun salah dan kesilapan..Semoga ummi sentiasa dlm perlindungan dan dirahmati Allah s.w.t
Ummi: TQ. Bila nak balik? InsyaAllah esok jemik operate. Doakan smoga succes.
Aku: Amin..insyaAllah..hari isnin lpas habes program tu ysr balik..
Ya Allah dalam hati aku rasa sayu sangat..Kasihan ummi berkorban untuk anak. diikutkan sudah beberapa hari semenjak abang kemalangan ummi tidak cukup rehat. Seharian demi seharian menjaga abang. aku berdoa dlm hati berilah kekuatan Mu Ya Allah...tetiba air mata ku mengalir....mengalir dan terus mengalir...betapa Besarnya pengorbanan ummi terhadap kami adik beradik.
Dalam doa ku ini Ya Allah, tempatkan lah ummi ku ini dikalangan orang-orang yang beriman yang dimasukkan kedalam syurgaMu Ya Allah Rabbul Alamin..amin..amin..amin..