BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages


UNIVERSITY OF PUTRA MALAYSIA

Saturday, June 18, 2011

Qazaf: Mahasiswa mesti pegang pada prinsip

Assalamualaikum...Insyaallah post pada kali ini sebenarnya sesuatu perkongsian buat semua...



Tulisan ini (sekadar yang termampu) bertujuan bagi memastikan mahasiswa jelas dengan apa sepatutnya yang dijadikan pegangan dalam berhadapan dengan isu tersebut. Maka saya seru agar tulisan ini dibaca dengan neraca kebenaran dan penilaian intelektual pemikiran mahasiswa.

[1] Perbuatan mencari-cari dan mendedahkan kesalahan dan keaiban seseorang adalah suatu perkara yang jelas larangannya di dalam al-Quran (Surah al-Hujrat, 49 : 12). Sebarang tindakan tersebut dalam apa jua bentuk mesti dijauhi dan ditentang supaya tidak menjadi budaya dalam masyarakat kita khususnya dikalangan umat Islam.

[2] Islam juga melarang ummatnya berprasangka (Surah al-Hujrat, 49 : 12). Larangan tersebut kerana prasangka mendatangkan bahaya dan menyusahkan ramai orang. Bagi mengelakkan wujudnya prasangka, maklumat-maklumat atau berita-berita tentang sesuatu perkara mestilah diambil daripada sumber yang benar dan beretika. Adapun sumber-sumber yang tidak memelihara etika dan sengaja mewujudkan persepsi negatif (sangkaan jahat), mestilah diboikot dan ditentang.

[3] Perbuatan fitnah dan menyebarkannya adalah suatu dosa di sisi Allah s.w.t. Orang yang membuat fitnah dan menyebarkan fitnah, kedua-duanya menerima azab seksa daripada Allah s.w.t. (Surah an-Nur, 24 : 11). Perbuatan meneruskan agenda fitnah dan penyebarannya adalah suatu perisytiharan terbuka terhadap perasaan tidak takut terhadap azab Allah s.w.t. Orang-orang sebegini mestilah dinasihati dan disekat daripada terus mendatangkan huru-hara dalam masyarakat.

[4] Sikap yang mesti dipegang oleh orang-orang yang beriman apabila berhadapan dengan berita fitnah ialah segera menafikan berita tersebut dan memberhentikan aliran penyebarannya (Surah an-Nur, 24 : 12, 16). Sikap ‘cakap-cakap kedai kopi’ dan membincangkannya secara terbuka (melaluli media cetak dan elektronk) hanya akan menggalakkan lagi penyebaran berita fitnah tersebut. Sudah pasti, cara tersebut adalah suatu perbuatan yang tercela dan membelakangkan cara yang ditentukan oleh Allah s.w.t.

[5] Bagi mendakwa seseorang melakukan zina (atau liwat) mestilah dengan mendatangkan 4 orang saksi (Surah an-Nur, 24 : 13) yang adil dan tidak fasik. Jika gagal mengemukakan saksi, orang yang dituduh bebas daripada sabitan kesalahan tersebut bahkan orang yang membuat pertuduhan akan (mesti) dihukum. Orang yang dituduh adalah tidak bersalah selagi tidak disabitkan kesalahan tersebut setelah dikemukakan 4 orang saksi dan mestilah diberikan haknya, dilayan sebagai orang yang tidak bersalah dan dibersihkan namanya.

[6] Bersumpah dengan nama Allah (Wallahi, Wabillahi, Watallahi) adalah bertujuan untuk membersihkan nama seseorang daripada sebarang tohmahan dan ia bukannya suatu kaedah untuk menuduh orang lain atau mensabitkan seseorang itu bersalah. Beerti sumpah adalah terletak pada orang yang dituduh bukannya pada orang yang menuduh. Sumpah tersebut pula mestilah dilakukan di dalam mahkamah dan dengan arahan daripada hakim. Sumpah yang dilakukan oleh orang yang mendakwa dan dilakukan di luar mahkamah adalah bukan daripada kaedah Islam.

[7] Kaedah yang paling tepat dalam menyelesaikan kemelut ini ialah dengan menurut kaedah Islam iaitu melalui hukum Qazaf. Kaedah-kaedah lain hanya akan memanjangkan dan mengkusutkan lagi kemelut ini serta menunjukkan sikap tidak ikhlas dan tidak bersungguh untuk menyelesaikan masalah tersebut bahkan seolah-olah ‘ada udang di sebalik batu’.

Friday, June 17, 2011

Sedih Apabila ketahui Result Sem Ni..


Assalamualaikum semua, sebelum saya bercerita panjang...diharapkan semua yg berada kat luar..terutama yang sedang baca post ni berada dlm kedaan sihat...amin..

sebenarnya x nak tulis post ni....(memujuk diri untuk sentiasa tenang)
result dah keluar..tapi muka monyok...
itulah situasi sekarang...
but, everthing will be orait..dont worry about me okay..

cube tengok gambar atas tu...
tengok je tau, jangan bising2...

ok, now tengok gambar bawah ni pulak..
jangan bising2 jugak ea..lepuk kang...


udah2 la tu...jangan duk menangis lagi...xde guna nyer...
korang ni jangan la nangis sebab saya...sedihnyer...hehe

OK!
ni serius!!!

xde dah nak sedih2, xde dah nak bad mood, xde dah lagi..
pada anda semua yang 'kurang' berjaya dlm peperiksaan teruskanlah berusaha..
dan pada yang telah berjaya...TAHNIAH saya ucapkan...


be happy ye semua!! GUDLUCK!

P/S ikhlas : 

Jika kau merasa kecewa,
pandanglah ke sungai,
Airnya mengalir 
biarpun berjuta batu menghalangnya.

Jika kau merasa sedih,
Pandanglah ke langit
Kau akan sedar bahawa
ALLAH SENTIASA BERSAMAMU.





Tuesday, May 10, 2011

Kerajaan Semut

Alhamdulillah...
post kali ni mungkin berkisar tentang semut...
kenapa saya pilih semut??
first bile sy terfikir ape post saya nak letak kali ni mmg xde idea...

last2 bile saya tengah dahaga cari la air untuk di minum, dalam tu ada la semut...kacau mood nak minum...ish3...

then, saya cuba cari atau google la kan...

konon nak cari la kisah-kisah semut ni...
dapat la satu bahan untuk di kongsi bersama...

saksikan video ni ...
then, kita renungkan sama-sama ye....

 

Betapa keciknya makhluk semut ni mampu membina kerajaan yg sangat besar....
semut ni jugak adalah haiwan yg paling kuat dimana mampu mengangkat benda 2 kali ganda berat dari badan dia kan...kalau x silap saya la...semut ni juga melakukan kerja secara bekerjasama...huhu..contohilah semut-semut ni...
Wallahualam...

Wednesday, April 27, 2011

Paper seterusnYa! Yeahhh!!!


Semangat betul dah bila tengok Gambar nih...ngeh3.. ^,^
yela kan exam belum abes lagi...

kalau boleh nak teruskan semngat final...ecewah... 

kadar kesukaran sem ni ala-ala 'medium' nak jawap la..
redha je la...
memang la...mana ada benda yang senang...

hmm..ape pun gudluck untuk siapa yang tengah exam jugak...

saya baru lepas 3 paper...ada banyak lagi paper ni...
3 paper lagi..nampak je sikit...
wal hal banyak lagi...adeh =_="

tak perlu kata apa-apa..Senyum =)

tak perlu kata apa-apa... Study!!!!!!

p/s : exam belum abes....jadi kekalkan lah semngat tu ye semua... go go go..

Opppppsss....jap jap jap...

sebelum terlupa.....


BARCA menang lah malam tadi...Yeaaahhhhh!!! memang terbaik...

bertambah naik meninggi lah semangat saya nih...hehe...




P/s kali kedua : semester ini harus Bagus!! 

bagus macam mana...



ini macam lah...!! =P


Tuesday, April 26, 2011

All about it on my Blog


 

Assalamualaikum...=)

haiii...kan senang kan kalau ape yang orang tanya kat kita, tapi kita bg jwpn kat blog je...ngeh3...itu nama nya pemalas...
tapi x jugak...rajin je kan?? kan?? rajin menaip...

tak yah la tunjuk rajin  sampai orang tanya pun nak jwp kat blog...adehh...
parah...=_="

ni xde kene mengena kat sape pon..juz terjumpa kartun ni...=D


p/s : keep all your mind to Allah..Insyaallah, everything is going smoothly..=)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...