BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages


UNIVERSITY OF PUTRA MALAYSIA

Friday, August 10, 2012

Tahniah!






Assalamualaikum kepada semua yang saya hargai, sebelum saya pergi jauh,, dikala masih dalam bulan penuh barakah ni,, ampun dan maaf kerana telah lama meninggalkan kancah blogging ni..

Sempena dengan keputusan Final exam yang baru keluar pada hari ni bertarikh 10 Ogos 2012 saya ingin mengucapkan Setinggi-tinggi tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan kerana anda telah membuat ibu bapa and tersenyum gembira dengan kejayaan yang anda lakarkan pada semester ini.

Tinggal satu sem saja lagi untuk hadir ke kuliah. Lepas ni semua dah berpisah sebab masing2 buat LI kat tempat lain2.

All the best!!  

Di sini saya selitkan kata-kata dari seorang rakan saya yang mungkin dapat menaikkan semangat dan peringatan buat beliau dan rakan2 saya yang lain termasuk rakan blogger yg masih menuntut ilmu. Tak lupa pada saya sendiri..
 

"walau apa pun, pointer tu hanya sekadar nombor..mmg benar sng tuk aku kata sebab aku pointer lagi tggi..tp xde gune jugak lau kite xreti nak apply ilmu yg kite belajar..setiap manusia ada kelemahan dn kelebihan...tuhan bg rezeki masing2 kat hamba dier. yang penting jgn mengalah dn putus asa. terus berusaha. pesanan untuk aku ko dan yang laen2...jujur, aku xpandai. kalau aku pandai aku xjumpe korang sume. aku dh amek jurusan doktor dah...xdenye aku knl korang sume. tp pointer tu sume rezeki allah setimpal dgn usaha kita..aku tahu usaha aku...jd aku xmenyesal pun xdpt 4 flat..aku akan cube next sem..jadi pointer kite bukan ukuran sama ada kita berjaya atau kelak di masa depan kita kan..?
jujur, aku xpenah bangga dgn pointer aku sbb aku apa yg aku belajar kdg2 aku xreti nk apply...
rasa sgt bodoh...
tp skrang aku berusaha tuk apply apa yg aku belajr..
kekdang aku rasa, org yg pandai apply lagi bgs dri org yang pointer dier tggi melangit..."
             
                         -ANONYMOUS-

Kepada 'anonymous' terima kasih yang tak terhingga kerana memberikan pandangan yang sedikit sebanyak ada faedah dan betulnya. Sesungguhnya redha Allah yg perlu kite cari dalam menuntut ilmu. Maklum lah dalam menuntut ilmu ni terlalu tinggi cabaran yg kita hadapi. Berusaha ,Doa, Yakin, Redha dan Tawakal. Semoga anda di berkati dan di rahmati oleh  Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Teruskan usaha dan jangan penah putus asa. Kerana menuntut ilmu juga adalah ibadah. 

Bersangka baik pada Allah S.W.T, walaupun Dia tidak memberikan apa yang kita impikan...hanya Dia yang mengetahui apa yg kita tak tau.. Senyum.....
 











Friday, August 19, 2011

Rugi Bagi Orang Yang Meninggalkan Solat Subuh





KERUGIAN ORANG YANG TIDAK SOLAT SUBUH.

Berikut adalah kerugian yang akan dialami oleh orang yang tidak melakukan solat Subuh dan solat lain secara berjemaah:

1) Memiliki sifat-sifat orang munafik yang tidak menjalankan solat (kecuali dalam keadaan malas)

Rasulullah bersabda bermaksud: "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak." (Muttafa Alaih)

2) Kesengajaan tidur hingga tidak solat subuh dan meninggalkan solat berjemaah merupakan perbuatan kufur dan diancam dengan ancaman yang sangat berat.

Allah berfirman bermaksud: "Maka celakalah orang-orang yang melakukan solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya." (Al Ma'un 4-5)

3) Seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW dan dia tidur hingga pagi, lalu Nabi SAW bersabda bermaksud: "Itulah lelaki yang kedua telinganya dikencing syaitan.“ (Muttafa Alaih)

Allah SWT sendiri mengatakan bahawa mereka yang susah untuk solat Isyak dan Subuh adalah orang munafik. Jadi tak susahlah kita hendak kenali orang munafik. Dan kita sendiri dapat mengukur adakah kita ini orang munafik atau tidak.

p/s : Datangilah masjid-masjid dan surau-surau untuk bersolat Subuh. Semoga hari-hari kita dimulakan dengan keberkatan. Insyaallah.

Sunday, August 14, 2011

Teman



Alhamdulillah dapat juga saya uploadkan video ni..

Video ni meninggalkan kenangan kepada saya..

Dia ni kawan baik saya semasa di Matrik Johor

tetapi sedih sekarang ni terpisah dan terputus hubungan...

dia melanjutkan pelajaran ke oversea dalam bidang perubatan..

dia keluar matrik masa sem 2..

kitorang x sempat jumpa sebelum dia keluar matrik...

saya ingat lagi, kali terakhir dia kata dia nak jumpa saya ada hal nak bagitau pada saya. Dia x nak cakap lagi yang dia akan keluar matrik. Masa ni saya x tau yang dia
nak keluar matrik..

di sebabkan kat matrik yang sgt sibuk saya terlupa yang dia nak jumpa..

last2, dah agak lama x nampak dia..saya pergi cari dia...

sedih sampai sekarang tak tahu nak kata apa..

tau tau dia dah keluar matrik...itu pun dari kawan dia.

terkilan tak dapat jumpa..

kitorang dapat berhubung pun melalui ym...sebelum ym saya ada problem.

boleh la saya bertanya kabar..

last kitorang berbual kat ym ni lah dia sempat kirimkan video ni..

dan dia kata dia nak belajar sungguh2 dan nak rawat sakit saya nnt..

itulah kali terakhir kitorang dapat berbual..

lepas itu, ym saya ada problem dan kitorang terputus hubungan macam tu je..

='(

teringat juga waktu kitorang membuat persembahan nasyid. Kitorang membawa lagu Far East- Menanti di alam barzakh..

saya mendoakan kejayaan dan kesejahteraan dia..dan hidup dalam rahmat serta perlindungan Allah swt.

-aku rindu kat kau Hariz Haziq-

-jaga diri kau baik2-

-kalau diberi peluang aku harap dapat jumpe kau balik-

-Aku tak tau macam mana nak contact kau-






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...