BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages


UNIVERSITY OF PUTRA MALAYSIA

Monday, May 17, 2010

:::sokonglah myfriends2u bubar Facebook:::


Alhamdulillah, akhirnya Malaysia mengambil initiatif untuk para belia diMalaysia dengan melancarkan laman sosial buatan anak tempatan yang dinaungi syarikat NEXTPERT SDN.BHD..Dengan adanya myfriends2u ni bagi pihak diri saya supaya para belia di Malaysia menggunakannya. Saya mengajak semua bukan setakat belia tetapi semua peringkat umur yang menggunakan laman sosial facebook bertukar ke myfriends2u singkatannya ialah mf2u..

Dulu kita xde f2u..so ramai la yang guna facebook iaitu buatan yahudi laknatullah. Sekarang Malaysia dah ada mf2u harap kita dapat menggunakannya sepenuhnya.

Tapi anda jangan terkejut mf2u ni interface dia agak serupa dengan facebook..mungkin antara dikalangan anda akan mengatakan bahawa Malaysia pakar menciplak..tetapi cuba anda bayangkan masyarakat diMalaysia sekarang semua mengetahui facebook x kiralah dari kecik sampai yang ke tua...mereka semua mengenali facebook..malah memiliki facebook tu sendiri..xhairanlah mf2u ni menggunakan interface yang x kurang tumpahnya. Ini bagi pendapat sayalah mf2u ni bagi menarik minat pengguna facebook yahudi untuk menggunakan facebook tempatan iaitu mf2u.

Terpulang lah kepada diri masing-masing..yang baik dan sempurna datang dari Kekuasaan Allah s.w.t dan yang cacat dan buruknya datang dari kelemahan diri saya..

Interface FACEBOOK.


Interface myfriends2u.

::La LIGA milik BARCA::



Assalamualaikum..


masa cuti-cuti macam ni la baru ade masa nak menulis...kalau dah masuk sem..agak sukar untuk online..sibuk dengan study..sibuk dengan exam....sibuk dengan basuh kain..sibuk dengan jemur kain..hehe..alhamdulillah Allah s.w.t masih lagi mengizinkan untuk hirup udara ini..

tetapi tujuan nak post kali ni sebenarnya nak 'publish'kan yang BARCA telah menjuarai La Liga..Dan Paling menggembirakan apabila BARCA telah bergelar juara sebanyak 20 kali...

hurmm..akhirnya Real Madrid tidak mampu menyaingi BARCA. Walaupun Real memiliki sebilangan pemain 5 bintang. Namun, itu bukan segala-galanya..Messi is the BEST player..









Saturday, May 15, 2010

::SeLamaT HaRi iBu buat Ummi ku Sayang::

Hari Ibu buat ummi. Hanya ungkapan Alhamdulillah dipanjatkan keatas Ilahi kerana dikurniakan seorang ibu yang mithali..


Pada mulanya aku sedang berada diatas bas untuk menjemput adik2 dari sekolah SMK Dang Anum. Masa berlalu demi berlalu fikiran ini secara tiba-tiba terhias wajah ummi..dengan tidak disangka hati mula rasa sebak..sayu mengenangkan ummi..kerinduan seorang anak terhadap kasih seorang ibu...kerinduan yang amat.Lama sudah tidak pulang kerumah semenjak cuti sem.baru lepas mggu peperiksaan.. ummi kurasa mahu ku peluk tapi apa kan daya..aku mencapai henfon untuk mengirim mesej...

Dalam mesej tersebut:

Aku: Selamat hari Ibu..Pengorbanan ummi sgt bermakna buat diri yasir untuk menjadi anak yg soleh. Ummi adalah kekuatan yasir..ampun salah dan kesilapan..Semoga ummi sentiasa dlm perlindungan dan dirahmati Allah s.w.t

Ummi: TQ. Bila nak balik? InsyaAllah esok jemik operate. Doakan smoga succes.

Aku: Amin..insyaAllah..hari isnin lpas habes program tu ysr balik..

Ya Allah dalam hati aku rasa sayu sangat..Kasihan ummi berkorban untuk anak. diikutkan sudah beberapa hari semenjak abang kemalangan ummi tidak cukup rehat. Seharian demi seharian menjaga abang. aku berdoa dlm hati berilah kekuatan Mu Ya Allah...tetiba air mata ku mengalir....mengalir dan terus mengalir...betapa Besarnya pengorbanan ummi terhadap kami adik beradik.

Dalam doa ku ini Ya Allah, tempatkan lah ummi ku ini dikalangan orang-orang yang beriman yang dimasukkan kedalam syurgaMu Ya Allah Rabbul Alamin..amin..amin..amin..


Friday, May 14, 2010

:::KELIRU:::

ditepian simpang ini sejenak aku terhenti
terbayanglah bagaimana pengembaraan ku bermula
ku tingalkan segala yang kusayang dan kucinta
hanya untuk mencari satu identiti diri yng murni

setelah tejerat dalam dilema aku mengerti
bagaimana sukarnya mengenal diri sendiri
hanyutlah aku dalam arus hidup yang tak menentu
maka timbul kesedaaran yang aku selama ini keliru


kupandukan cahayamu dari mu ilahi
aku bersujud mohon doa mohon rahmat memohon restu mu
kau senangkanlah mudahkanlah perjalanan hidup ku
selama ini aku terpedaya dan keliru

Monday, April 12, 2010

.:Amalkan AyaT SeriBu Dinar:.




Mafhumnya:
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.


Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah:

1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara

2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah

3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan

4. Dan ketika dirasakan perlu

Wassalam






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...