Why do we read Quran, even if we can't understand a Single Arabic word???
This is beautiful story which explains the reason...
An old man lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to immitate him in every way he could.
One day the grandson asked : "Grandpa I try to read the Qur'an just like you..but..I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"
The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied : "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water."
The boy did as he was told, but...all the water leaked out before he got back to the house. The Grandfather laughed and said : "You will have to move a little faster next time."
and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but..again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that is impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.
The old man said : "I don't want a bucket of water!! I want a basket of water. You're just not trying enough."
and he went out the door to watch the boy try again.
At this point,the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but..when he reached his grandfather the basket was again empty.
Out of breath, he said: "See grandpa, it's useless!"
"So you think it useless?" The old man said : "Look at the basket."
The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clear, inside and out.
~Son, that's what happens when you read the Qur'an, you might not understand or remember everything, but..when you read it, you will be change, inside and out. That is work of Allah in our lives.~
Assalamualaikum kepada semua pembaca yang di rahmati Allah. Syukur diatas nikmat yang paling tinggi yang masih dikurniakan kepada kita iaitu nikmat iman dan taqwa. Sebelum saya memulakan cerita yang ingin dikongsikan semasa saya menghadiri satu Kem Kepimpinan Putra marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada Nabi Muhammad s.a.w , untuk arwah arwahi , keluarga, kaum kerabat, rakan-rakan, serta diri sendiri. Semoga hidup kita sentiasa dalam perlindungan dan petunjuk Allah s.w.t.
Gambar diatas diambil sejurus kami sampai di NUR LEMBAH PANGSUN and ECO RESORT. Mulanya perasaan cukup teruja untuk mengikuti program penambahbaikan diri seperti ini. Saya amat yakin program seperti ini mampu sedikit sebanyak meningkatkan dan mendekatkan diri kita kepada Sang Pencipta Allah s.w.t.
Credit to AJK-AJK Pelaksana sahabat-sahabat sekalian. Ustaz Nuruliman, Abg Zuhair dan kepada semua yang terlibat. Semoga jalinan Ukhuwah kami bukan sekadar seperti lagu yang dimainkan oleh kumpulan Nasyid UNIC bertajuk jalinan sahaja semata-mata. tetapi untuk ukhuwah yg diredhai-Nya.
Inilah masa jiwa dan hati serta pemikiran kami diperah agar kehidupan kami menjadi lebih bermakna dan bermatlamat. Dan Ingatlah Niat tidak menghalalkan Matlamat. Walapun begitu singkat masa kami duduk dalam satu bulatan apa yang kami harapkan ilmu yang dikongsi bersama dapat kami serap semaksimum. InsyaAllah. Semoga ada lagi aktiviti seperti ini. Saya akui merindui saat duduk bersama-sama dalam program seperti ini.
Sebahagian daripada Kumpulan Asy-syabab.
Ni pula adalah aktiviti sampingan yang dijadualkan dalam Kem ni iaitu sesi "BERPERANG" atau dinamakan oleh Mat Salleh (kot) PaintBall.
Dan yang diatas ini adalah kawasan bukit dimana kami berentap. Ianya memang la satu pengalaman yang sukar dilupakan. Apatah lagi pertama kali memegang sniper PaintBall ni..Buloh yang berwarna tu panggil dia "BANKER" ataupun tempat sembunyi.
Preparation untuk memakai safety suit to play the Paintball. Simple je yang ni..
Get Ready!!.. Mask dah pakai, Bengkung pun dah pakai..Sniper pun dah ada di tangan... tunggu masa untuk dipanggil saja...^^ Time ni baru lepas hujan..kawasan jadi licin..bahaya sikit la.. lagi satu yang x memuaskan hati, pemandangan yang kabur bile pakai mask ni.. Cermin mask ni berkabus..apa pun layan je la..jangan banyak songeh.hehe
Eh!! silap susun da..ish3..patutnya picture ni kat atas sebelum gambar yang dah ready tadi...hurm..x pela..jalan je la..^^,
Kaedah ni digunakan berpandukan Surah Al-Fatihah. Berkesan sebab pagi tu kami perlu mempraktikkan kaedah ini untuk mencapai beberapa target/mission.
1) Kumpulkan duit min RM 100 2) dapatkan kain putih (1 meter) 3) terangkan visi, misi dan matlamat UPM kepada 3 orang
Kami tanpa sebarang duit sesen pun, tanpa kain semeter pun tapi kami tetap berjaya mewujudkan suasana ukhuwah antara kami. Kami berbincang berfikir dengan apa yang telah dipelajari secara teori tentang kaedah CASIC ni. Akhirnya!! MISSION COMPLETED!!^^
Jumlah pungutan RM 175 hasil daripada kami Mengecat Masjid dan membantu orang kampung di sana. Dengan berkat kami tanpa memikirkan bagaimana kami dapatkan duit tersebut. Kami bersepakat ikhlaskan hati membuat kerja dapat atau tidak kami sedikit pun x hirau. At last kami diberitakan dimana membuatkan kami ceria apabila Ketua Siak(pegawai masjid) a.k.a En.Darus menghulurkan sedikit wakaf daripada masjid. Allahuakhbar..sungguh luas rahmat-Mu Ya Allah..
Sebelum tertinggal... apa yang menyedihkan..=_=" ialah bila tak dapat bersama ikut program pada pagi tu..last aktiviti..iaitu jungle trekking.. disebabkan kesukaran untuk bernafas...sungguh laju denyutan jantungku..satu malam tak boleh tidur.. Thank to Faiz..telah mengurutkan saya pada mlm tu..
"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh ALLAH.”
Allah punyai diri kita..kita tidak punyai apa-apa pun..
jika Allah tidak memberikan apa yang kita miliki sekarang, jangan haraplah kemewahan, kesenangan dapat diperoleh..
Jangan tanyakan aku tentang Kehidupan aku, kerana Ia adalah sebuah rahsia.
kerana Ia adalah anugerah
Ia adalah ujian
Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita...
Jalan kehidupan aku adalah al-Quran dan ujian.InsyaAllah akan adanya sebuah taman indah yang dikelilingi cahaya..
penghujung perjalananku yg aku inginkan adalah apa yang meredhakan Allah dan apa yang diiginkanNya.
Keuntungan dengan kemenangan nyata akan diperoleh.
"Jika engkau telah berada di muka bumi Dan engkau tahu bahawa umurmu terbatas
Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk. Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu".
Tiada yang Benar melainkan Jalan yang Allah redhai..
Ya Allah Ya Tuhan aku yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang lindungi lah kami semua umat muslimin dan muslimat dari tipu daya dunia yang didalamnya amat mengerikan..amin ya Robbal Alamin..
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:
1. suaminya, 2. ayahnya, 3. anak lelakinya dan 4. saudara lelakinya .
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:
1. sembahyang 5 waktu 2. puasa di bulan Ramadhan 3. taat suaminya dan 4. menjaga kehormatannya .
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa
AMIN.
Surah Al-Munaafiquun : Ayat : 9 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi. Ayat : 11 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.
Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:
Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!
Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?
Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.
Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).
Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.
Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....
Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji.
Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.
Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.
Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.
Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.
Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Anas bin Malik sabda Rasulullah s.a.w, “Apabila seseorang diletakkan di kuburnya, dan para pengantarnya telah kembali, sehingga ia mendengar suara langkah mereka, pada saat itu dua orang malaikat datang dan mendudukkannya. Keduanya lalu bertanya: “Bagaimana pendapatmu tentang laki-laki ini?” maksudnya: Muhammad s.a.w. Jika ia seorang mukmin, ia akan menjawab dengan tegas, “Aku bersaksi bahawa ia adalah hamba Allah dan rasul-Nya.” Kedua malaikat ini lalu berkata, “Lihatlah tempatmu di neraka. Allah telah menggantikannya dengan tempat di syurga.”
Adapun jika ia seorang munafik atau kafir, maka ketika malaikat itu bertanya: “Apa pendapatmu tentang laki-laki ini?” ia menjawab, “Aku tak tahu. Aku hanya mengikuti apa yang diucapkan manusia tentangnya.” Keduanya lalu membentak dengan kasar, “Engkau tak tahu dan tak membaca !” Ia lalu dipukul dengan godaman dari besi di (bahagian kepala) antara kedua telinganya. Dia memekik dan suaranya didengar semua makhluk selain jin dan manusia.”
Hadis ini berisi beberapa pengajaran penting yang mesti kita perhatikan untuk menyelamatkan diri kita dari azab kubur. Salah satunya kewajiban mempelajari agama, terutama yang berkaitan dengan akidah, sehingga mencapai keyakinan dan persaksian sepenuh hati (syahadah) atas kerasulan Muhammad Saw. Mengabaikan hal ini hanya akan mengundang hardikan Munkar dan Nakir, “Engkau tak tahu dan tak membaca!”
Beberapa ulama hadis, antaranya Imam Badruddin Al-‘Aini dalam Umdatul Qari fi Syarh Sahih Al-Bukhari, mentafsirkan ucapan itu dengan “engkau tidak pernah meyakininya dengan istidlal (pemikiran sendiri), tidak pula (meyakininya dengan) mengikuti penjelasan ulama melalui buku-buku mereka.” Sehingga secara bebas, kita boleh menterjemahkan ucapan ini, “Engkau tidak tahu dan tidak pernah ingin tahu.”
Singkatnya, ucapan ini sebuah celaan atas orang-orang yang tidak pernah mengindahkan akidah dan syariah sebagaimana perilaku sebahagian orang moden di masa kini. Bagi mereka, kulit wajah jauh lebih penting daripada agama. Jika satu jerawat saja tumbuh di hidung mereka, atau kerepot terlihat di bawah mata mereka, terasa dunia ini telah kiamat. Apa pun mereka akan dilakukan untuk menghilangkan jerawat dan kerepot itu. Namun ketika akidahnya tercabar, keimanannya dipersoalkan, ia masih dapat makan dan minum dengan nikmat seolah-olah tidak pernah terjadi apa-apa. La haula wala quwata illa billah.
Menyesallah Sebelum Menyesal
Jawapan sempurna untuk soalan Munkar dan Nakir hanya dapat dilakukan dari sekarang. Iaitu dengan cara menyedari kekurangan yang terdapat di dalam sikap keberagamaan kita, lalu berusaha menyempurnakannya dengan sekuat tenaga. Mulailah menyesali kekurangan diri selagi penyesalan ini masih bermanfaat. Sebab apabila kita telah berpindah ke alam kubur, penyesalan sebesar apa pun sudah tidak bermanfaat lagi.
Imam Al-Tirmidzi meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “setiap yang meninggal dunia pasti menyesal. Jika dia orang baik, dia menyesal kerana tidak menambahkan kebaikannya. Jika dia orang jahat, dia menyesal karena tidak berhenti daripada kejahatannya.”