Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia
terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang
tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut.
Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak
Kamal duduk di rumahnya, cepat sangat barang-barang dapur habis. Kamal betul-betul menghabiskan borehhh.
Kebaikan Kamal pula ialah,
dia ni alim sikit. Tak tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak
pulak begitu. Waktu maghrib seronok depan tv tengok Roda Impian. Lepas
tu sambung tengok berita. Lepas tu makan. Lepas tu tidur. Eesok bangun
pukul 8, pergi kedai kopi bersembang, sampai tengahari.
Balik makan, kemudian tidur. Petang pergi kedai kopi lagi main dam,
berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan
inilah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua,
dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.
Tetapi dia terus mencari idea macam mana nak kenakan si Kamal ni.
Bengang betul dia dah lah tak kerja, melantak kuat pulak tu. Suatu hari
dia dapat idea… nak kenakan Kamal.. “Kamal, mari kita main dam haji...”
katanya kepada Kamal. “Boleh juga...” kata Kamal tanpa mengesyaki
sesuatu. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan
oleh Kamal. Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi, Kamal makan lagi, hulur
lagi, makan lagi, dan lagi… dan lagi… . ” Eh ko ni Kamal… kuat betul
makan laa… . agak-agak laa… ” katanya tersenyum..
“Alamak bapak mertua
aku ni perli aku ni … mentang-mentang aku kuat makan” fikirnya dalam
hati… tapi tak apa…
Mereka bermain set kedua.
Bapa mertuanya hulur… dia tak makan… hulur lagi, tak makan juga… kena
tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak sikit… Bila tak makan,
mestilah kena tangkap… (sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini… )…
kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji…
Apa lagi…
Si
Kamal pun berkata la kat bapak mentuanya. “Ehh orang tak pernah
sembahyang pun boleh pergi haji ke ? Merah padam muka bapa mertuanya. Dia nak perli anak menantunya, tetapi dia pula yang terkena.
Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah
jadi alim… tak tinggal sembahyang lagi… sekarang ni ada kat mekah
kerjakan umrah… Insyaallah akan menunaikan haji kelak.
Thursday, August 30, 2012
Dam Haji
Posted by Ahmad Yasir at 9:18 AM 2 comments
Thursday, August 23, 2012
Aidilfitri
Assalamualaikum, selamat hari raya minal aidil wal faiizin kepada seluruh rakan2 yang mengenali saya, dan rakan2 blogger sekalian, rasanya belum terlambat bagi saya untuk memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya terdapat salah dan silap, terlebih dan terkurang, sesungguhnya saya dengan merendah diri agar segala salah silap yang telah saya lakukan yang membuat anda kecik ati, membuatkan anda rasa tidak mempercayai saya lagi atas dosa2 lalu yang saya buat harap dapat di maafkan..
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Posted by Ahmad Yasir at 1:08 AM 0 comments
Monday, August 13, 2012
Paku yang lekat dihati
Assalamualaikum,
entri kali ni saya ingin kongsikan artikel yg saya ambil dari Iluvislam.
" WAHAI SAHABATKU JADIKANLAH DIRIMU SEPERTI PADI, YANG MANA SIFATNYA SEMAKIN BERISI, SEMAKIN MENUNDUK. DAN JANGAN SESEKALI DIRIMU MENJADI SEPERTI LALANG, SEMAKIN TINGGI, SEMAKIN BONGKAK DAN ANGKUH "
“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.
“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.
“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.
“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?
“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.
“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”
“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.
“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”
“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”
“Maksud ibu?”
“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”
Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?
Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.
*Artikel asal daripada : majalah solusi-isu 8 dari "angguk geleng"
Posted by Ahmad Yasir at 1:13 PM 3 comments
Friday, August 10, 2012
Tahniah!
Assalamualaikum kepada semua yang saya hargai, sebelum saya pergi jauh,, dikala masih dalam bulan penuh barakah ni,, ampun dan maaf kerana telah lama meninggalkan kancah blogging ni..
Sempena dengan keputusan Final exam yang baru keluar pada hari ni bertarikh 10 Ogos 2012 saya ingin mengucapkan Setinggi-tinggi tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan kerana anda telah membuat ibu bapa and tersenyum gembira dengan kejayaan yang anda lakarkan pada semester ini.
Tinggal satu sem saja lagi untuk hadir ke kuliah. Lepas ni semua dah berpisah sebab masing2 buat LI kat tempat lain2.
All the best!!
Di sini saya selitkan kata-kata dari seorang rakan saya yang mungkin dapat menaikkan semangat dan peringatan buat beliau dan rakan2 saya yang lain termasuk rakan blogger yg masih menuntut ilmu. Tak lupa pada saya sendiri..
"walau apa pun, pointer tu hanya sekadar nombor..mmg benar
sng tuk aku kata sebab aku pointer lagi tggi..tp xde gune jugak lau kite
xreti nak apply ilmu yg kite belajar..setiap manusia ada kelemahan dn
kelebihan...tuhan bg rezeki masing2 kat hamba dier. yang penting jgn
mengalah dn putus asa. terus berusaha. pesanan untuk aku ko dan yang
laen2...jujur, aku xpandai. kalau aku pandai aku xjumpe korang sume. aku
dh amek jurusan doktor dah...xdenye aku knl korang sume. tp pointer tu
sume rezeki allah setimpal dgn usaha kita..aku tahu usaha aku...jd aku
xmenyesal pun xdpt 4 flat..aku akan cube next sem..jadi pointer kite bukan ukuran sama ada kita berjaya atau kelak di masa depan kita kan..?
jujur, aku xpenah bangga dgn pointer aku sbb aku apa yg aku belajar kdg2 aku xreti nk apply...
rasa sgt bodoh...
tp skrang aku berusaha tuk apply apa yg aku belajr..
kekdang aku rasa, org yg pandai apply lagi bgs dri org yang pointer dier tggi melangit..."
-ANONYMOUS-
Kepada 'anonymous' terima kasih yang tak terhingga kerana memberikan pandangan yang sedikit sebanyak ada faedah dan betulnya. Sesungguhnya redha Allah yg perlu kite cari dalam menuntut ilmu. Maklum lah dalam menuntut ilmu ni terlalu tinggi cabaran yg kita hadapi. Berusaha ,Doa, Yakin, Redha dan Tawakal. Semoga anda di berkati dan di rahmati oleh Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Teruskan usaha dan jangan penah putus asa. Kerana menuntut ilmu juga adalah ibadah.
Bersangka baik pada Allah S.W.T, walaupun Dia tidak memberikan apa yang kita impikan...hanya Dia yang mengetahui apa yg kita tak tau.. Senyum.....
Posted by Ahmad Yasir at 3:01 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)