BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages


UNIVERSITY OF PUTRA MALAYSIA

Tuesday, December 21, 2010

Petanda-petanda keimanan yang tidak beroperasi

  • Tidak membuahkan amal

       Satu petanda bahawa keimanan kita tidak beroperasi adalah, kita tidak mampu melakukan amal kebaikan. Kita merasakan bahawa, keluar dari kesenangan dunia adalah satu kepayahan, menyebabkan kita merasa tidak perlu kepada amalan tambahan. Akhirnya kita duduk di atas dunia ini, tanpa melakukan kerja-kerja kebaikan. Baik buat diri sendiri mahupun buat masyarakat.

    Keimanan tidak akan terus lenyap begitu sahaja. Kita akan melihat ‘penurunan’nya terlebih dahulu. Kita sepatutnya peka dan sensitif di dalam hal ini. Mungkin dahulu kita jenis membaca Al-Quran sehari sepuluh muka surat, tetapi sekarang membaca Al-Quran sehari semuka pun sukar. Dahulu kita selalu ke masjid, sekarang tidak lagi. Dahulu kita selalu bangun Subuh tepat waktu, sekarang tidak lagi.
    Perkara-perkara ini, adalah petanda bahawa keimanan kita mengalami ‘penurunan’.
    Kata-kata Tabi’in yang popular berbunyi begini: “Iman itu bukan sekadar bicara, bukan juga sekadar cita-cita, tetapi iman itu adalah apa yang tersemat di dalam hati, dan dibuktikan dengan amal.”
  • Tidak rasa benci dengan dosa

Antara lain petanda bahawa keimanan sudah mula tidak beroperasi adalah, hilangnya perasaan benci     kepada dosa. Orang-orang yang beriman, akan melihat bahawa keredhaan Allah adalah utama. Maka, dosa adalah musuh mereka yang pertama.
Namun, apabila diri sudah merasakan ‘biasa’ dengan dosa, melihat kemungkaran itu sebagai ‘adat’, merasakan bahawa maksiat itu adalah ‘tidak mengapa’, menganggap mengambil sistem selain sistem Allah itu adalah ‘normal, modenisasi’ dan sebagainya, maka itu adalah tanda bahawa keimanan kita ‘mengalami penurunan’ dan mula tidak beroperasi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...